Friday, August 13, 2010

Blog Baru

Sila ke blog baru http:hajiarshad.blogspot.com
Kehidupan Makkah 2

Tuesday, August 10, 2010

Lawati blog: Kehidupan Makkah 2

Selamat Berpuasa kepada semua pembaca
Kehidupan Makkah.
Tingkatkan amal di bulan yg mulia ini.

Sila lawati blog baru Saya:

http://hajiarshad.blogspot.com/

Monday, August 9, 2010

Pindah rumah

Dengan ini kehidupan Makkah telah berwajah baru sila lawati ke teratak baru saya.


http://hajiarshad.blogspot.com/

Saturday, August 7, 2010

Riya' menurut Quran, Sunnah dan Ulama

Oleh: AKHISALMAN

Riya’: Melakukan amal Islam supaya dilihat manusia.Tasmi’e (sum’ah): Melakukan amal Islam berseorangan kemudian cerita amalannya kepada orang lain.

Kedua-duanya membatalakan pahala amalan manusia walaupun sah amalan tersebut. Ulama mazhab maliki berpendapat terbatal amalan tersebut. (syeikh Bajuri)

Ancaman kepada orang yang riya' dan sum'ah

Firman Allah swt:

Maksudnya: “Maka celaka lah bagi orang yang sembahyang. Iaitu orang yang melalaikan solat sehingga keluar waktu solat dan orang yang sembahyang dgn untuk menunjuk2 kepada orang lain.” (1-3 al-Ma’un)

Firman Allah swt:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang2 munafikin cuba untuk memperdaya Allah swt dan Allah membalas terhadap tipu daya mereka, mereka malas untuk menunaikan solat, mereka solat kerana untuk menunjukkan kepada orang lain dan hanya sedikit sahaja mengingati Allah. (142 : an-Nisa)

يكشف ربنا عن ساقه فيسجد له كل مؤمن ومؤمنة ويبقى من كان يسجد في الدنيا رئاء وسمعة فيذهب ليسجد فيعود ظهره طبقا واحدا
Maksudnya: “Allah akan menyulitkan mahkluk pada hari kiamat. Semua orang beriman lelaki dan perempuan sujud kepadanya. Orang yang tinggal hanya yang sujud di dunia dgn riya dan sum’ah. Mereka cuba untuk sujud tetapi belakang mereka kembali menjadi tegak dan tidak mampu sujud.” (Hr Bukhari 4919 dan Muslim 454 – sahih)

من سمع سمع الله به ومن يراء يراء الله به
Maksudnya: “Sesiapa yang sum’ah dan riya’ dalam amalannya Allah akan membongkar perbuatan tersebut kepada manusia pada hari kiamat.” (Hr Bukhari 6499 dan Muslim 7477)

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Nabi saw bersabda:

“Sesungguhnya manusia yang mula-mula dibicarakan pada hari kiamat adalah seorang lelaki yang syahid . Dia didatangkan dan Allah mengingatkan kembali nikmat dan kelebihan yg telah Allah berikan. Dia mengakuinya.

Allah bertanya “Apa yang engkau beramal kerna Allah terhadap nikmat2 ini?” Lelaki itu menjawab “ Aku telah berperang kerana mu sehingga aku syahid.” Allah menjawab “Engkau bohong kerana engkau berjuang kerana supaya dikatakan engkau berani, sesungguhnya manusia telah memuji keberanianmu.

” Kemudian dikeluarkan perintah hukuman, dia diheret dengan diseret mukanya sehingga dicampak ke dalam api neraka.

Didatangkan pula seorang lelaki yang di dunia telah belajar ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Allah telah mengingatkan kembali nikmat dan kelebihanya yg Allah berikan.

Dia mengakui nikmat tersebut. Allah bertanya “Apa yang engkau beramal kerna Allah terhadap nikmat2 ini?” Dia menjawab “aku telah belajar, mengajarnya dan membaca al-Quran kerana mu .”

Allah menjawab “Kamu berbohong kerana kamu belajar supaya dikatakan kamu orang yg berilmu dan kamu membaca supaya dikatakan kamu sebagai Qari , sesungguhnya kamu telah dipanggil sebagai orang berilmu dan qari.

Kemudian dikeluarkan perintah hukuman, lalu diheret diatas mukanya sehingga dicampak ke dalam api neraka.

Didatangkan pula seorang lelaki yang Allah telah luaskan rezkinya dan memberikannya pelbagai jenis harta. Allah telah memperingatkan kembali nikmat dan kelebihanNya kepadanya. Dia telah mengakuinya.

Allah bertanya “Apa yang engkau telah buat terhadap nikmat2 tersebut demi kerana Allah?” Dia menjawab “Aku telah membelanjakan harta untuk setiap jalan kebaikan kerana mu.

” Allah menjawab “Engkau bohong kerana engkau buat sedemikian adalah kerana untuk dikatakan sebagai pemurah, sesungguhnya engkau telah dikatakan pemurah.” Kemudian diputuskan hukuman, lalu diheret atas mukanya sehingga dicampak ke dalam api neraka.”

Hadis sahih riwayat Muslim, Nasaie, Tirmizi dan Ibnu Hibban.

Tanda-tanda orang riya

Fudail bin ‘Iyad berkata:

“Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya’, melakukan amalan kerana manusia adalah syirik dan ikhlas ialah Allah menyelamatkan kamu dari keduanya.”

Jenis riya’

Pertama: Riya Jali

Orang yang melakukan amalan tersebut dihadapan manusia. Ketika bersendirian tidak buat.

Kedua : Riya’ khafi

Orang yang melakukan amalan yang sama samada dihadapan manusia atau bersendirian. Namun dia rasa gembira bila orang mengetahu amalannya. (Syekih Bajuri)

Fenomena riya dan Sum’ah dalam kehidupan seharian

1. Solat sunat di depan orang. Dekat rumah tidak buat.
2. Pakai elok utk buat ibadat depan orang. Dekat rumah ala kadar.
3. Tidak makan banyak depan orang. Ketika sorang-sorang makan banyak.
4. Berasa seronok bila dipuji amalannya.
5. Menceritakan amalannya kepada manusia.
6. Semangat buat amalan bila dipuji dan lemah ketika dikeji.
7. Menggelokkan bacaan didepan orang. Masa sorang-sorang baca laju kemain.
8. Akhlak yang bagus dan manis depan orang. Masa dekat rumah terok.
9. Tulis kat blog,status ym atau mana2 yang menunjukkan dia ikhlas, beramal, berjuang dan amal2 Islam yang lain.
10. Berpasatuan atau berparti kerna nak pujian dan jawatan. Bila tak dapat mulala merajuk atau lemah semangat.

Pengertian Fitnah menurut al-Quran dan Sunnah

Oleh: AKHISALMAN

MAKNA FITNAH DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH

Kalimah Fitnah الفتنة dalam bahasa arab bermaksud: Ujian dan cubaan.Imam Ibnu Hajar berkata : Asal kepada makna fitnah adalah الإختبار (ujian) dan الإمتحان )ujian)

Ibnu Manzur berkata: Al-Azhari dan lainnya berkata:“Asal makna fitnah adalah الإبتلاء (cubaan), الإمتحان (Ujian) dan الإختبار (ujian).”.”

Adapun dari segi istilah ulama adalah seperti yang didefinasikan oleh Jurjani:“Perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu.”

FITNAH DALAM QURAN

Makna fitnah dalam Quran adala berbeza. Ianya seumpa berikut:

1. Fitnah bermaksud Syirik.

Firman Allah :

والفتنة أشد من القتل
“Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” (191 : al-Baqarah)

وقاتلوهم حتى لا تكون فتنة

“Dan perangilah mereka supaya tidak berlakunya syirik.” (193 : al-Baqarah)

والفتنة اكبر من القتل

“dan Syirik lebih besar dosanya dari membunuh.” (217 : al-Baqarah)

2. Fitnah dengan makna ujian dan cobaan.

Firman Allah:

وفتناك فتونا

“Dan kami uji kamu (Nabi Musa) dengan pelbagai ujian yang besar.” (40 : Toha)

ولقد فتنا الذين من قبلهم

“Dan sesungguhnya kami telah menguji ummat yang terdahulu.” (3 : al-Ankabut)

3. Fitnah bermaksud seksa

Firman Allah:

إن الذين فتنوا المؤمنين والمؤمنات
“Sesungguhnya orang-orang yang menyeksa orang-orang beriman lelaki dan perempuan … “

Begitu juga makna fitnah pada ayat 10 surah al-Ankabut, ayat 14 surah az-Zariat dan ayat 110 surah an-Nahl.

4. Fitnah bermaksud dosa.

Firman Allah:

ومنهم من يقول ائذن لي ولا تفتني ألا في الفتنة سقطوا

“Dan sebahagian mereka ada yang berkata “izinkanlah aku untuk tidak berperang dan janganlah menyebabkan aku berbuat dosa. Ketahuilah mereka telah terjebak dalam dosa (dengan tidak mahu pergi berperang).” (49 : at-Taubah)

5. Fitnah bermaksud kekufuran.

Firman Allah:

لقد ابنغوا الفتنة
“Sesungguhnya mereka inginkan kekufuran.” (48 : at-Taubah)

Begitu juga fitnah dalam ayat 7 surah Ali imran.

6. Fitnah bermaksud pembunuhan dan kebinasaan.

Firman Allah:

إن خفتم أن يفتنكم الذين كفروا
“Sekiranya kamu takut orang-orang kafir membunuh kamu.” (101 : an-Nisa)

Begitu juga fitnah pada ayat 83 surah Yunus.

7. Fitnah bermaksud berpaling dari jalan yang benar.

Firman Allah:

واحذرهم أن يفتنوك
“Dan berwaspadalah dari mereka yang hendak memesongkan kamu dari jalan kebenaran.” ( 49 : Maidah)

Begitu juga dalam ayat 73 surah al-Isra.

8. Fitnah bermaksud sesat.

Firman Allah :

ومن يرد الله فتنته
“Dan sesiapa yang Allah hendak menyesatkannya.” (41 : al-Maidah)

Begitu juga fitnah dalam ayat 162 surah as-Soffat.

9. Fitnah bermaksud alasan.

Firman Allah :

ثم لم تكن فتنتهم إلا أن قالوا والله ربنا ما كنا مشركين
“kemudian tidaklah ada alasan mereka melainkan mereka berkata “Demi Allah wahai tuhan kami, kami bukannya orang-orang musyrikin.” (23 : al-An’am)

Sebahgian tafsir menyatakan fitnah disini bermaksud jawapan.

10. Fitnah bermaksud gila

فستبصر ويبصرون بأيكم المفتون
“Maka kamu akan lihat hai Muhammad dan mereka akan lihat siapakah yang gila.” (6 : al-Qalam)

FITNAH DALAM HADIS

1. Fitnah bermaksud perselisihan dan peperangan

Nabi saw bersabda:

ستكون فتن القاعد فيها خير من القائم
“Akan berlaku perselisihan dan peperangan, orang yang melihatnya lebih baik dari orang yang menyebabkannya ia berlaku.” (Hr Bukhari dan Muslim)

2. Fitnah bermaksud ujian dan cubaan

Nabi saw bersabda:

فاتقوا الدنيا واتقوا النساء فإن أول فتنة بني إسرائيل كانت في النساء
“Maka hendaklah kamu berwaspada terhadap dunia dan waspada terhadap wanita, sesungguhnya fitnah yang mula2 menimpa bani Israel adalah wanita.” (Hr Muslim)

3. Fitnah bermaksud melalaikan dan melekakan.

Hadis Nabi saw:

وإن كان ليسمع بكاء الصبي فيخفف مخافة ان تفتن أمه
“Sekiranya baginda mendengar tangisan bayi, baginda akan meringankan solatnya kerana bimbang ibunya akan terleka dengan tangisan ibunya.” (Hr Bukhari)

4. Fitnah bermaksud penyeksaan dan pembunuhan

Nabi saw bersabda:

كان الرجل يفتن في دينه إما قتلوه وإما يعذبونه
“Dahulu seorang lelaki di seksa kerana mempertahankan agamanya, samada orang-orang kafir membunuhnya atau menyeksanya.” (Hr Bukhari)

5. Fitnah bermaksud berlaku kemungkaran dan kemaksiatan.

Nabi saw bersabda:

إذا أتاكم من ترضون خلقه ودينه فزوجوه إلا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض
“Apabila datang seorang lelaki yang baik agama dan akhlaknya melamar anak mu maka hendaklah kamu kahwininya dengan anak mu. Kalau tidak, akan berlaku kemungkaran dan kerosakan yang besar di muka bumi.” (Hr Ibnu Majah)

6. Fitnah bermaksud memaksa untuk kembali kufur.

Nabi bersyair ketika menggali parit di peperangan khandak:

إن الأعداء قد بغوا علينا إذا أرادوا فتنة أبينا
“Sesungguhnya musuh-musuh telah menganiaya kami. sekiranya mereka hendak memaksa kami kembali kufur, kami enggan. (Hr Bukhari dan Muslim)

7. Fitnah bermaksud menjauhkan dari agama

Nabi saw bersabda kepada Muaz ra:

يا معاذ أفتان أنت؟
“Wahai Muaz adakah engkau hendak menyebabkan manusia lari dari ajaran agamanya?” (Hr Bukhari dan Muslim)

Kesimpulan: Fitnah mempunyai pelbagai makna dan maksud di dalam Quran dan hadis Rasulullah saw. Orang melayu selalu menggunakan fitnah untuk makna tuduhan, sehinggakan mentafsirkan kalimah fitnah ayat berikut dengan tuduhan palsu, sedangkan maknanya adalah syirik:

والفتنة أشد من القتل
“Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” (191 : al-Baqarah)

Banyak di kalangan orang melayu termasuk ustaz2 yang mentafsirkan fitnah kepada tuduhan yang tidak benar. Sedangkan tidak ada fitnah yang bermaksud tuduhan dalam Quran, hadis dan bahasa arab. Ini satu pentafsiran mengikut hawa nafsu. Nabi saw bersabda:

من قال في القرأن برأيه أو بما لم يعلم فليتبوأ مقعده من النار
“Sesiapa yang berkata tentang quran dengan akal fikirannya atau apa yang dia tidak tahu ilmu tentangnya maka hendaklah menempati tempatnya di neraka.” (Hr Tirmizi)

Firman Allah swt:

أو تقولوا على الله ما لا تعلمون
“… Allah mengharamkan kamu bercakap tentang Allah apa yang kamu tidak tahu.” (33 : al-Araf)

Berhati2lah ketika kita mentafsirkan al-Quran kerana ia adalah kalamullah. Kita tidak boleh mentafsirkan sendiri dan kita hendaklah hanya mengambil dari para pentafsir yang muktabar.

Gambar terbaru sekitar Al Haram sila ke facebook...Syukran

Friday, August 6, 2010

RAMADHAN BULAN MENGEKANG NAFSU, MENGGERAKKAN JIHAD :

Oleh: mohd hafez sabri

Kedatangan bulan Ramadhan pada setiap tahun merupakan detik yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Digelar sebagai madrasah tarbiyah buat umat Islam, ia merupakan ganjaran hebat dan terbesar sepanjang tahun yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Menurut Ustaz Abu Bakar, beliau mengatakan bahawa bulan Ramadhan merupakan bulan yang wajib disyukuri pemberiannya oleh Allah SWT kepada kita semua, dengan merebut segenap ruang dan peluang untuk berbuat pahala.

Menurut beliau lagi, bulan Ramadhan memahatkan seribu satu nostalgia kemenangan umat Islam di zaman dahulu yang kini menjadi motivasi buat mereka yang berjuang untuk menegakkan Islam di muka bumi Allah ini. Berdasarkan ayat di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa.” – al Baqarah: 183

Ayat di atas merupakan perintah Allah SWT yang meminta seluruh umat Islam untuk berpuasa di bulan Ramadhan supaya di akhirnya, menatijahkan kita supaya bertaqwa kepadaNya.

Dalam hal ini, Ustaz Abu Bakar mengatakan, latihan ataupun tarbiyah di dalam bulan Ramadhan harus dijalani dengan penuh makna kerana bagi setiap mereka yang berada dalam gerakan Islam, adalah perlu untuk mereka mendekatkan diri dengan Allah SWT supaya perjalanan untuk membawa mad’u tidak tersasar dari landasan dakwah Islamiyah.

“Saya meminta agar seluruh pejuang Islam khususnya, untuk memperbanyakkan amalan di bulan Ramadhan,” gesa beliau. Menambah mengenai hal ini, beliau mengatakan di antara amalan yang perlu diperbanyakkan ialah membaca al-Quran, memperbanyakkan solat sunat dan mengerjakan qiamullail di samping menggiatkan gerak dan menjauhi maksiat di sepanjang Ramadhan.

Menceritakan mengenai sirah perjuangan umat Islam, beliau mengatakan, kebanyakan kemenangan besar umat Islam terjadi di dalam bulan Ramadhan. Beliau menceritakan, di antara kisah yang termasyhur ialah kisah umat Islam di dalam perang Badar yang terjadi pada 17 Ramadhan pada tahun kedua Hijrah.

Dengan jumlah tentera Islam yang amat sedikit dan kelengkapan yang amat terhad, mereka berperang di medan Badar berbekalkan ketaqwaan kepada Allah SWT yang akhirnya menerima bantuan daripada Allah SWT.

Beliau juga menceritakan bagaimana kemenangan Salahuddin al-Ayyubi ke atas tentera Salib yang juga berlaku di dalam bulan Ramadhan. Di antara pangajaran yang dapat diambil daripada kemenangan umat Islam di zaman dahulu ialah kerana dekatnya mereka dengan Allah SWT.

Tentera-tentera yang ditarbiyah oleh Rasulullah SAW dan Salahuddin al-Ayyubi bukan hanya melahirkan manusia yang tunduk dan patuh kepada Allah SWT di dalam ibadah bahkan bijak di sudut taktikal dan kental di sudut fizikal.

Tambah beliau lagi, Ramadhan juga merupakan bulan jihad di mana pada bulan ini, umat Islam diasak bukan sahaja dengan nafsu makan, bahkan juga nafsu sekularisme. Melihat kepada keadaan semasa, bagaimana berjayanya pihak musuh Islam menanam sifat sekularisme di dalam rumah dan diri umat Islam.

“Kita melihat bagaimana umat Islam yang berpuasa pada hari ini, berpuasa dalam keadaan tidak menunaikan solat dan melakukan maksiat.

Merujuk kepada perkara ini, beliau mengajak kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia untuk bermujahadah bukan sahaja menentang nafsu makan, bahkan juga menentang nafsu sekularisme yang meletakkan Islam dalam keadaan asing.

Sebelum mengakhiri sesi pertemuan, beliau mengingatkan bahawa Ramadhan bukanlah bulan menahan lapar dan dahaga semata-mata, akan tetapi, jika diamati, Ramadhan merupakan bulan perkembangan politik Islam.

Ini kerana, Islam mendapatkan kuasa pemerintahan semasa bulan Ramadhan seperti di dalam peristiwa Fathul Makkah (Pembukaan Kota Makkah) dan pembebasan Palestin oleh Salahuddin al-Ayyubi.

Beliau juga mengesa untuk menggiatkan gerak kerja dan mengambil keberkatan di dalam bulan Ramadhan. “Kita yakin Allah bersama kita dalam setiap gerak kerja kita,” kata beliau mengakhiri sesi perbualan.

Maaf gambar2 masih tidak boleh di load.
Sesiapa boleh tolong.....

Thursday, August 5, 2010

Keberangkatan pulang




Keberangkatan Pulang




Tahlil Aruah


Sahabat fb Izmin dn sahabatnya
Pelajar medic mesir
Bacaan doa tahlil

Haram 3 Ogos




Ladang Unta Hudaibiyah




Muzium Haramain Makkah




Muzium Haramain Makkah 2

BalQis jemaah termuda dari mesir juga


Wednesday, August 4, 2010

Hukum wanita memakai purdah



Oleh: AKHISALMAN

Pendapat pertama:

Ulama terdahulu dikalangan mazhab Hanafi, mazhab Maliki dan mazhab Syafie dalam pendapat yang lemah disisi mereka telah berpendapat bahawa wanita boleh membuka muka dan tapak tangannya. Had muka adalah dari tempat tumbuh rambut (kebiasaannya) sehingga dibawah dagu dari segi panjang. Dari segi lebar adalah diantara dua cuping telinga.

Ini juga pendapat sebahagian sahabat dikalangan Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan sebahagian tabi’ien seumpama Sa’id bin Jubair dan ‘Ata.Kata-kata ulama tafsir yang menyokong pendapat ini,Dalam mentafsirkan ayat 31 surah an-Nur, Imam at-Tobari telah berkata:

“Pendapat yang paling benar ialah pendapat yang mengatakan bahawa perhiasan wanita yang zahir yang boleh ditunjukkan ialah muka dan tapak tangan. Ia termasuklah celak, cincin, gelang dan inai.

Imam al-Jassas dalam mazhab Hanafi telah berkata:Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Mujahid, ‘Ata yang mengatakan maksud ayat tersebut (ayat 31 surah an-Nur) adalah sesungguhnya muka dan tapak tangan, inai dan celak termasuk dalam perhiasan zahir yang boleh ditunjukkan.

Imam Abu Bakar bin al-Arabi dari mazhab Maliki telah berkata ketika mentafsirkan ayat yang sama:“Perhiasan zahir yang dibenarkan untuk ditunjuk ada dua bahagian. Perhiasan zahir yang asal dan yang dibuat. Yang asal adalah mukanya yang asal bagi kecantikan dan keelokan semula jadi. Perhiasan yang dibuat adalah apa yang cuba dilakukan wanita untuk mengelokkan kejadiannya seperti pakaian, barang kemas , celak dan inai.

Dalam ayat yang sama, ibnu kathir dari mazhab Syafie menyatakan:“Berkemungkinan Ibnu Abbas dan orang yang mengikutinya telah mentafsirkan ayat “Melainkan perhiasan yang zahir (boleh ditunjukkan).” Adalah muka dan tapak tangan. Ini adalah pendapat yang masyhur menurut jumhur ulama.

Kata-kata ulama fekah yang menyokong pendapat ini.

Al-Qaduri dari mazhab Hanafi telah berkata:“Dan haram seorang lelaki memandang perempuan yang bukan mahram melainkan muka dan tapak tangan.”

Ad-Dirdiri dari mazhab Maliki dari mazhab Maliki telah berkata:“Aurat perempuan yang merdeka bersama lelaki yang bukan mahram adalah semua melainkan muka dan tapak tangan.”

Imam at-Tohawi dari mazhab Hanafi berkata:“Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat.”

Syed Muhammad Zaki Ibrahim berkata:“Menutup muka dengan niqab yang menutup semua muka adalah perkara yang bukan wajib dan bukan sunat yang kuat tetapi ia adalah hanya perasaan dan emosi peribadi sahaja.”

Pendapat kedua:Haram mendedahkan muka dan tapak tangan. Ini adalah pendapat mazhab Hambali dan sebahagian mazhab Syafie.

Syeikh Mansur bin Yunus al-Bahuti berkata:“Wanita yang merdeka seluruh tubuhnya adalah aurat didalam solat sehinggalah kuku dan rambutnya. Ini berdasarkan sabda Nabi saw “Wanita adalah aurat” Hr Tirmizi.”

Syeikh Sulaiman al-Jamal dari mazhab syafie berkata:“Aurat wanita dihadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.”

Menutup muka kerana timbulnya fitnah.Para ulama empat mazhab bersepakat bahwa wajib wanita menutup mukanya kerana takut fitnah dan berlakunya keburukan.

Imam Kauthari ra berkata:“Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka adalah sekiranya tidak timbulnya fitnah.”

Kesimpulan: Ini adalah perkara yang khilaf dikalangan ulama. Kita hendaklah terbuka dalam masalah khilaf yang kuat dikalangan ulama.

hukum menanam rambut (hair Transplant)


Oleh: AKHISALMAN

Pandangan Ulama

Ulama masa kini telah berselisih pendapat berkenaan dgn hukum menanam rambut kepada dua pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: MENGHARUSKAN

Ini adalah pendapat kebanyakan ulama masa kini yang terdiri Prof Dr Ali Muhyiddin al-Qarahdagi ketua Jabatan Fekah dan Usul Fekah Universiti Qatar, Dr Muhammad Uthman Syaibir, Dr Muhammad as-Syed Dusuqi di www.islamiconline.net , Dr Muhammad as-Sartawi, Dr Muhammad al-Hajji al-Kurdi www.islamic-fatwa.net dan ulama-ulama yang lain.

PENDAPAT KEDUA: MENGHARAMKAN

Diantara ulama yang mengegeluarkan fatwa ini adalah Syeikh Abdur Rahman Abdul Khaliq dan Dr Yusuf al-Ahmad.

DALIL PENDAPAT PENDAPAT YANG MENGHARUSKAN.

1. Rasulullah saw bersabda:

إن ثلاثة في بني إسرائيل أبرص وأقرع وأعمى ، فأراد الله أن يبتليهم ، فبعث ملكا ... ، فأتى الأقرع فقال : أي شيء أحب إليك؟ قال : شعر حسن ، ويذهب عني هذا الذي قذرني الناس ، قال : فمسحه ، فذهب عنه قال : وأعطي شعرا حسنا.
Maksudnya: “Sesungguhnya 3 orang dikalangan bani Israel yang tediri dari sisopak, sibotak dan sibuta. Allah hendak menguji mereka. Lalu Dia mengutuskan satu malaikat …. (diringkaskan) … Malaikat tadi bertanya “Apa yang paling engkau sukai?” Sibotak menjawab “Rambut yang cantik dan hilang botak yang menyebabkan manusia memandang jijik kepada ku.” Lalu malaikat menyapu kepalanya, lalu hilang botak pada kepalanya dan diberikan rambut yang cantik…”(Hr Bukhari dan Muslim – sahih)

2. Sesungguhnya menanam rambut adalah satu cara untuk mengubat botak. Botak adalah perkara yang mengaibkan. Berubat adalah perkara yang dituntut oleh Syara’ seperti hadis berikut:

عباد الله تداووا فإن الله لم يضع داء إلا وضع له شفاء غير داء واحد، قالوا وما هو يا رسول الله ، قال الهرم
Maksudnya: “Hai hamba Allah berubatlah. Sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit melainkan Allah meletak bersamanya penawar melainkan satu penyakit . Para sahabat bertanya “Apa dia hai Rasulullah?” Baginda menjawab “Tua”(Hr Tirmizi, Abu Daud dan Bukhari di adabul mufrad)

DALIL PENDAPAT YANG MENGHARAMKAN

Mereka mengatakan menanam rambut adalah termasuk daripada menyambung rambut yang diharamkan. Menanam rambut adalah diharamkan berdasarkan hadis berikut:

لعن الله الواصلة والمستوصلة
Maksudnya: “Allah melaknat tukang penyambung rambut dan orang yang menyambung rambutnya.” (Hr Bukhari dan Muslim – sahih)

Kesimpulannya: Kebanyakan ulama masa kini mengharuskan untuk menanam rambut bagi orang yang mengalami masalah rambut.

“MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADAN”







Dalam satu pidato semasa menyambut kedatangan bulan suci Ramadan, Rasulullah menyebut Ramadan sebagai bulan yang agung dan juga sebagai bulan yang penuh berkat. Kerana keagungan dan keberkatan yang menghiasi bulan Ramadan itu, maka bulan Ramadan selalu dinanti-nantikan kehadirannya oleh warga Muslim di seluruh pelusuk dunia.
Perkataan berkat itu membawa erti kebaikan dan kebajikan yang melimpah. Menurut seorang ulama tafsir terkenal Al-Asfihani, sesuatu yang disebut berkat apabila di dalamnya terkandung kebaikan dan kebajikan yang amat banyak. Sebagai contohnya, air hujan disebut oleh Allah taala di dalam al-Quran sebagai sesuatu yang mendatangkan kebaikan yang melimpah ruah kerana ia dapat menyuburkan tanah dan menumbuhkan berbagai-bagai tanaman yang amat berguna kepada umat manusia.

Menurut Syeikh Rashid Redha, keberkatan terdiri daripada dua jenis; pertama ialah keberkatan yang bersifat fizikal seperti air hujan, rezeki, kesihatan jasmani dan berbagai-bagai lagi aneka kenikmatan yang memberikan kebahagiaan kepada manusia. Kedua ialah keberkatan yang tidak bersifat fizikal seperti turunnya wahyu, intuisi, ketenangan jiwa yang dapat memandu manusia ke arah kesempurnaan dan kesejahteraan yang abadi. Keberkatan jenis yang kedua inilah yang menghiasi serinya bulan Ramadan ini.

Satu lagi kemuncak keberkatan yang menghiasi fadilat Ramadan ialah nuzul al-Quran. Al-Quran itu sendiri disebut Allah taala sebagai kitab yang di dalamnya terkandung peringatan dan keberkatannya sebagaimana firman Allah taala yang bermaksud: Dan al-Quran ini juga pengajarannya yang berkat, yang Kami turunkan (kepada Nabi Muhammad); dengan keadaan yang demikian maka patutkah kamu mengingkarinya?. (Surah al-Anbiya’, ayat 50). Yang lebih istimewanya ialah malam yang al-Quran diturunkan disebut Allah sebagai malam yang diberkati, lailatin mubarakah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). (Surah al-Dukhan, ayat 3)

Bertitik tolak dari sini, Ramadan sungguh diberkati dan mengandungi berbagai-bagai keberkatan dan keistimewaan yang tidak terhingga banyaknya. Di dalam bulan ini, Allah banyak menurunkan rahmah, memberikan pengampunan dan menyediakan jaminan pembebasan manusia daripada api neraka. Tidak cukup dengan itu, Allah juga telah menutup pintu neraka, membelenggu pergerakan syaitan dan membuka seluas-luasnya pintu-pintu syurga.

Di samping itu, Allah melipat gandakan lagi ganjaran pahala segala ibadah dan amalan soleh sehingga ratusan dan ribuan kali ganda kecuali ibadat puasa yang hanya menjadi perhitungan rahsia di sisi Allah. Selanjutnya, Allah membuka pintu kemaafan dan keampunan seluas-luasnya sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Sesiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharapkan keredaan Allah, maka Allah akan mengampuni seluruh dosanya seumpama dia baru lahir dari rahim ibunya. (Hadis riwayat Ahmad)

Berdasarkan keistimewaan dan keberkatan yang terhampar sepanjang bulan Ramadan, ia secara jelas mengisyaratkan betapa Allah menyeru umat Islam agar merebut ganjaran dan kelebihan yang disediakan Allah sepanjang bulan mulia itu, sudah pastinyanya dengan melakukan lebih banyak amalan-amalan soleh selain daripada ibadat puasa itu sendiri seperti bersolat tarawih, bertadarus al-Quran, beriktikaf, bersedekah, berdoa dan lain-lain lagi. Ringkasnya, hadirnya Ramadan mengundang seribu satu kesempatan bagi orang yang beriman dan bertakwa untuk beramal ibadat di samping bertafakur dan bermuhasabah diri sendiri. Amalan muhasabah diri akan mencetuskan satu kesedaran dan keinsafan yang cukup bermakna untuk memperbetulkan kesilapan lalu dan sekaligus meningkatkan kualiti sesuatu amalan ibadat ke hadrat Allah.

Alangkah ruginya jika seseorang Muslim yang tidak mengisi amalan ibadat di sepanjang Ramadan dan tidak pula mengecapi fadilat Ramadan yang disediakan Allah bagi orang yang mengharapkan keredaan-Nya. Maka benarlah apa yang pernah disabdakan baginda Rasulullah yang bermaksud: Betapa ramainya orang yang berpuasa sepanjang hari, namun mereka tidak mendapat apa-apa melainkan keperitan lapar dan dahaga; begitu juga betapa ramainya orang yang berjaga malam hari, namun mereka juga tidak mendapat apa-apa melainkan kepenatan berjaga malam. (Hadis riwayat Ahmad & Hakim)

Maka tidak hairanlah bulan Ramadan dianggap sebagai bulan latihan dan ujian daripada Allah. Inilah antara himpunan hikmah yang tersurat dan tersirat di sebalik pensyariatan ibadat puasa kepada umat Islam dan sekaligus mengangkat Ramadan sebagai bulan yang agung lagi penuh berkat. Ibadat puasa sebenarnya melatih dalam mengelola dan mengendalikan kehendak atau keinginan kita. Dengan berpuasa, kita dapat merasakan betapa kita melatih kehendak kita agar pada akhirnya kehendak kita selaras dengan kehendak Allah. Ironisnya, dalam keadaan kita berlapar dan menahan dahaga pada siang hari yang panas lagi terik di bulan Ramadan, bukankah perkara yang paling enak dilakukan dalam keadaan yang sedemikian rupa ialah makan dan minum? Akan tetapi, hal sedemikian tidak berlaku sama sekali kerana kita menginsafi bahawa perbuatan itu menyalahi kehendak Allah. Justeru itu, ia menuntut kesabaran untuk menahan diri daripada makan dan minum sebagaimana yang diperintahkan Allah taala dalam ibadat puasa .

Seterusnya, ibadat puasa juga melatih kita dalam persoalan ketaatan, kesabaran dan kesungguhan kita beramal ibadat kepada Allah. Bukankah kerana ketaatan kita yang tulus ikhlas kepada Allah taala, kita pun tidak tergamak untuk melakukan larangan-larangan Allah semasa melaksanakan ibadat puasa seperti makan dan minum secara sembunyi dan jauh daripada pandangan orang ramai? Begitu juga, bukankah kerana kesabaran dan kesungguhan kita beramal kerana Allah taala, kita bersedia menghadapi sebulan Ramadan dengan kelaparan, kehausan dan memelihara diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, termasuk juga melalui malam-malamnya dengan mengurangkan jumlah jam tidur agar dapat lebih banyak masa yang khusus hanya untuk beribadat kepada Allah taala?

Hasil daripada latihan dan ujian yang dihamparkan Allah sepanjang Ramadan ini ialah tidak lain tidak bukan buah keimanan dan ketakwaan yang semakin hampir ke hadrat Allah. Takwa menurut definisi Imam Ali bin Abi Talib ialah takutkan kepada Allah semata-mata, beramal serta beristiqamah dengan segala perintah-Nya, reda dan merasa cukup dengan keadaan yang sedikit dan bersiap sedia menghadapi hari kematian. Takwa inilah antara objektif utama di sebalik pensyariatan ibadat puasa sehingga wujud satu hubungan secara langsung antara takwa dan keberkatan yang mewarnai kehidupan seharian seseorang Muslim, terutamanya dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah keberkatan yang disediakan Allah di dalam bulan ini hanya boleh diperolehi dengan iman dan takwa yang bertapak kukuh dalam jiwa sanubari seseorang Muslim. Oleh sebab itulah, Allah berfirman yang bermaksud: Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu-pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang telah mereka usahakan. (Surah al-A’raf, ayat 96)

Mafhum ayat suci tersebut menegaskan bahawa iman dan takwa merupakan pra syarat utama seseorang Muslim untuk meraih berbagai keberkatan dan kebajikan yang melimpah ruah yang dijanjikan Allah taala. Oleh kerana itulah, Allah taala memfardukan ibadat puasa kepada umat Islam dengan harapan mereka dapat menjana keimanan yang tulus dan memantapkan ketakwaan yang kudus dan sekaligus meraih pelbagai jenis keberkatan sepanjang Ramadan ini.

Monday, August 2, 2010

Hukum berkait dengan hubungan susuan

Oleh : Akhisalman.

Persamaan hukum persaudaraan susuan (anak susu, ibu susu, saudara susu, pakcik susu dan lain2) dengan persaudaran darah (kelahiran) adalah dari sebahagian sudut. Bukannya semua sudut.

Hukum yang disabitkan dengan susuan

1. Pernikahan.

Seorang itu diharamkan berkahwin dengan ibu susu dan saudara perempuan susuan. Ini jelas dari Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: "Dan diharamkan berkahwin dengan perempuan yang menyusukan kamu dan saudara2 susuan kamu..."(23: an: Nisaa)

Bukan sahaja mereka berdua sahaja malah semua yang diharamkan dalam hubungan darah adalah diharamkan dalam hubungan susuan seperti bapa saudara susuan, datuk susuan, ayah susuan dan lain2. Ini berdasarkan hadis berikut:

يحرم من الرضاع ما يحرم من الولادة

Maksudnya: Diharamkan berkahwin disebabkan susuan seperti mana diharamkan dengan sebab melahirkan anak.(Hr Muslim)
2- Boleh melihat tanpa syahwat.

3- Boleh berkhalwat.

Ini berdasarkan hadis berikut:

Aisyah berkata "Aflah bin Qu'ais meminta izin untk masuk berjumpa denganku tetapi aku tidak mengizinknnya. Maka dia memberitahu bahawa dia adalah pakcik susuanku kerana isteri saudaranya telah menyusukanku. Aku tetap tidak mengizinkannya dan aku memberitahu Rasulullah perkara ini bila baginda balik. Rasulullah bersabda:

ليدخل عليك فإنه عمك

Maksudnya: "Benarkan dia masuk kerana sesungguhnya dia adalah pakcik susuanmu." (Hr Muslim)

4- Bermusafir dgn mereka.

Sepertimana diketahui wanita dilarang bermusafir menurut pendapat jumhur tanpa suami dan mahram. Saudara susuan adalah termasuk mahram

5- Wuduk tidak batal apabila bersentuhan diantara kulit seseorang dengan saudara susuannya.
Hukum yang tidak disabitkan dengan susuan

1. Harta pusaka: Hubungan susuan tidak layak menerima pusaka.

2. Kewajipan nafkah: Hubungan susuan tidak wajb memberi nafkah.

3. Wali Nikah: Ayah susu dan seumpamanya tidak boleh menjadi wali nikah kepada anak susuannya.

4. Penjagaan anak (hadanah): Ibu susu tidak diwajibkan menjaga anak susuan.

5. Pembebasan hamba dengan pemilikan hamba: Seseorang itu wajib menebus ayahnya yang hamba jika boleh ditebus. Namun bagi anak susu hanyalah sunat dia membebaskan ayah susuannya yg boleh ditebus.

6. Menanggung bayaran diat: Saudara susuan tidak wajib membayar diat saudara susuannya seperti saudara kandungnya.

7. Gugur bunuh balas: Seorang bapa tidak dibunuh bila dia membunuh anak kandungnya. adapun bapa susuan akan dibunuh apabila dia membunuh anak susuannya.

8. Ditolak penyaksian: Seseorang tidak boleh menjadi saksi kepada saudara kandungnya. Saudara susuan tidak termasuk dalam hukum ini.


Rujukan: ar-Roda3 al-Muharram oleh Abdullah Abdul Mun3im Abdul Latif.
Gua hira
aku org irani syiah katanya














Peti ais sebesar ini ada di jabal nur
Memohon pada Allah



Pagar keselamatan

Ust Farhan
Alhamdulillah selamat