Friday, April 30, 2010

MAKSIAT BERCAMBAH, BALA BERTAMBAH

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah S.W.T dalam ayat 27-28 surah as-Syura :

ولو بسط الله الرزق لعباده لبغوا فى الأرض ولكن ينزل بقدر ما يشاء انه بعباده خبير بصير . وهو الذي ينزل الغيث من بعد ماقنطوا وينشر رحمته وهو الولي الحميد

Maksudnya: Dan jika Allah S.W.T memewahkan rezeki kepada sekalian hambaNya nescaya mereka akan melampaui batas di muka bumi (dengan perbuatan liar). Tetapi Allah S.W.T menurunkan rezeki itu mengikut kadar tertentu sebagaimana yang dikehendakinya. Sesungguhnya Dia mengetahui secara mendalam tentang keadaan hambaNya lagi Maha Melihat dengan nyata. Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan Dia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan ingatlah bahawa Dialah Pengawal yang melimpahkan ihsanNya lagi Amat Terpuji.

Nikmat anugerah Allah S.W.T kepada umat manusia amat banyak sehingga tidak terhitung jumlahnya. Anugerah nikmat ini mestilah disambut dengan penuh kesyukuran serta digunakannya dalam memperbanyakkan lagi ibadat kepada Allah S.W.T paada setiap masa dan tempat. Kita juga mesti ingat bahawa segala kebaikan yang diturunkan oleh Allah S.W.T ke atas hambaNya bergantung kepada baiknya amalan kita terhadap Allah S.W.T. Begitu juga dengan curahan keberkatan dan kebaikan dari langit disebabkan umat manusia berusaha menjauhkan diri daripada jalan-jalan kesesatan yang memesongkan mereka daripada landasan Islam yang sebenar. Kita sentiasa berdoa agar rezeki yang diperolehi adalah suatu nikmat yang datang bersama dengan keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T sehingga kita mampu meraih kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Disamping itu, kita juga sentiasa memohon perlindungan daripada Allah S.W.T agar jangan jadikan rezeki yang diterima sebagai suatu pemberian yang tiada bersamanya keberkatan apatah lagi ia bertujuan untuk melalaikan kita daripada mendapatkan keredhaan Allah S.W.T sehingga menjadikan kita umat yang rugi di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Ketika kita mendapat rezeki yang bermacam-macam maka ada masanya di mana Allah S.W.T menahan nikmatNya sebagai suatu ujian untuk menguji tahap kesabaran dan kerelaan manusia dalam menghadapi bala’ atau pun ia merupakan suatu peringatan dan pengajaran kepada mereka yang melakukan kezaliman dan lalai daripada mematuhi perintah Allah S.W.T. Antara bala’ daripada Allah S.W.T ialah Dia tidak menurunkan hujan dengan cuaca panas yang begitu terik sebagaimana yang sedang kita hadapi sekarang ini. Ia menyebabkan manusia dan binatang menghadapi kesukaran, pokok dan tanaman turut kekeringan dan sebagainya. Islam sentiasa memberi tunjuk ajar yang sempurna kepada umatnya agar mencari jalan dalam menghadapi sebarang ujian yang datang. Kita mesti memperbanyakkan istighfar bagi memohon keampunan daripada Allah S.W.T di atas segala dosa dan kesilapan yang dilakukan. Jangan campur adukkan antara ibadat dan maksiat sehingga lebih banyak bala’ Allah S.W.T yang turun seumpama pesta air yang dicemari dengan persembahan artis dan program maksiat yang melambangkan sebahagian daripada kita tidak bersungguh untuk bertaubat kepada Allah S.W.T.

Ingatlah kita kepada suatu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu tidak menemui zaman itu. 5 perkara itu ialah : [1] Tidak bermaharajalela perbuatan zina pada suatu kaum sehingga mereka berani secara terang-terang melakukannya melainkan akan berjangkit yang merebak dengan cepat dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lain. [2] Tiada mereka mengurangi sukatan atau timbangan melainkan mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan dalam mencari rezeki serta berhadapan dengan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka. [3] Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diberikan hujan oleh Allah S.W.T. [4] Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah S.W.T dan rasulNya melainkan Allah S.W.T akan menurunkan kepada mereka musuh yang akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. [5] Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah S.W.T yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan utama maka Allah S.W.T akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri.

Firman Allah S.W.T dalam ayat 10-12 surah Nuh :

استغفروا ربكم انه كان غفارا يرسل السماء عليكم مدرارا ويمددكم بأموال وبنين ويجعل لكم جنات ويجعل لكم أنهارا

Maksudnya: Pohonlah keampunan daripada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Akan dikirimkan oleh Allah kepada kamu awan yang menurunkan hujan lebat. Diberikan oleh Allah S.W.T kepada kamu kekayaan harta dan anak-anak serta diadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Melihat kepada arahan dan amaran daripada Allah S.W.T dan rasulNya agar kita sentiasa bertaubat dengan segala dosa serta mematuhi segala perintah dan menjauhi segala apa yang ditegah maka sepatutnya kita lebih sedar tentang kesalahan kita yang menyebabkan turunnya sesuatu bala’ daripada Allah S.W.T. Kita juga mesti sentiasa istiqamah dan berada di atas landasan Islam yang sebenar dengan menghindarkan segala jalan yang membawa kepada kesesatan.

Firman Allah S.W.T dalam ayat 16 surah al-Jin :

وأن لو استقاموا على الطريقة لاسقيناهم ماء غدقا

Maksudnya: Dan sesungguhnya jika mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas landasan Islam maka sudah tentu Kami menurunkan hujan lebat kepada mereka

Kita mesti tegas dalam melawan kebatilan dan maksiat sehingga datangnya kemenangan dan keredhaan daripada Allah S.W.T. Kita jangan takut untuk menegur kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita kerana sebarang dosa bakal mengundang bala’ dan bala’ apabila telah turun maka ia menyeluruh bukan tertentu kepada pembuatnya sahaja. Oleh itu melalui mimbar yang mulia ini kita menegur tentang kegagalan program Khidmat Negara yang menelan wang rakyat sebanyak 500 juta ringgit dalam melahirkan rakyat yang soleh kerana terlalu menekankan latihan fizikal dan keduniaan tanpa menitikberatkan pembinaan rohani. Ini menyebabkan berlakunya banyak pergaduhan, pengabaian kepada kewajipan agama di kalangan peserta Islam terutama solat, aktiviti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sehingga ada peserta yang dirogol dan beberapa orang lagi didapati mengandung. Melihat kepada kegagalan dan bahayanya program ini terhadap keselamatan akhlak anak-anak maka kita seru agar program Khidmat Negara digantung atau dihentikan buat sementara bagi membolehkan suatu siasatan dan pembaikian terhadap aktiviti dan pengisian yang dijalankan di dalamnya sehingga ia benar-benar selamat dan berkesan untuk melahirkan warganegara yang soleh.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Kita mesti ingat tentang ujian Allah S.W.T berbentuk hujan peluru musuh yang menimpa saudara kita. Palestin menyaksikan bagaimana dalam masa tidak sampai sebulan selepas pengasas dan pemimpin HAMAS iaitu Syeikh Ahmad Yasin dibunuh maka pemimpinnya yang baru iaitu Abdul Aziz Rantisi pula dibunuh dengan peluru berpandu helikopter Israel. Iraq terus bermandi darah selepas kebangkitan pejuang Iraq dalam menentang penjajah. Malah Arab Saudi turut digegarkan dengan letupan bom kereta yang dipandu penyerang berani mati memusnahkan bangunan pasukan keselamatan di Riyadh. Malah keganasan di Selatan Thailand yang didakwa dirancang rapi oleh Amerika terus menekan kebebasan umat Islam di sana. Jika saudara kita di tempat lain mampu bersabar dan tetap meneruskan perjuangan dalam melawan musuh maka kita di negara ini yang ditipu secara terang dalam pilihanraya mesti lebih bersabar dengan meningkatkan usaha dakwah Islam serta menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran sehingga datangnya pertolongan dan kemenangan besar daripada Allah.

Firman Allah dalam ayat 55-56 surah al-A’raf :

ادعو ربكم تضرعا وخفية إنه لايحب المعتدين . ولاتفسدوا فى الأرض بعد اصلــحها وادعوه خوفا وطمعا إن رحمت الله قريب من المحسنين

Maksudnya : Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menyukai mereka yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah S.W.T memperbaikinya dan berdoalah kepadaNya dengan penuh perasaan takut dan mengharap. Sesungguhnya rahmat Allah S.W.T amat dekat kepada mereka yang berbuat baik.

Malam jumaat
Pertemuan pertama kali antara Hj Zikhan yambu dan Hj Agus kuala kangsar
Kiri: Cl,boxhouse,Imran paris dan Bapa arief
Kiri: Hirwan,Hisham dan Capt Mohd Zailani
semua mereka sahabat preseden KMJ Hj Termizi

Sedang menonton slide show najwa lotpi

Hadiah dari seorang suami
Ust Lotpi
Najwa genap umornya.....Alhamdulillah
Kek aiscream
seorang ibu sedang memotong kek
Wassem anak mereka
Nassem juga
kiri: http://www.na5wa.com/
http://abdullahimran.blogspot.com/
http://manzlie-makkah.blogspot.com/
Tetamu yg hadir
Bapa dan emak mertua boxhouses

Seekor binatang yang beriman

Alkisah seorang remaja islam yang sihat tubuh badan telah ponteng sembahyang Jumaat.
Sebaliknya dia telah masuk ke
ladang kelapa sawit untuk memburu ayam hutan. Dengan berbekalkan selaras senapang patah dan beberapa kotak peluru, dia telah masuk ke dalam ladang tersebut seorang diri. Sedang dia
terhendap2 di dalam rimbunan semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor harimau yang sedang tidur lena.

Dia berasa sungguh terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam gaung sementara dia pula tergolek ke arah lain lalu jatuh ke atas sebuah batu besar dan?
PRAKKKK! Akibanya kedua2 kakinya patah. Adapun ini bukanlah suatu berita buruk untuknya.
Berita buruknya adalah harimau tadi telah terjaga dari tidur, menuruni gaung tersebut dan menghampiri remaja tersebut dengan bengis sekali, sedangkan dia sudah tidak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa remaja tersebut,"Ampunilah dosaku kerana telah ponteng
sembahyang Jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini. Ampunilah aku ya Allah. Makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku ini HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.." seru remaja tersebut penuh keinsafan.

Tiba2 guruh berdentum!
Petir sambar menyambar. HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan
remaja tadi.

Harimau itu telah bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan
santun. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut
pun berdoa,

"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar.
Amin!"


Terima kasih Hj Rahim trengganu sekeluarga
Ziarah manasek haji group hj agus


Anak2 di jabal rahmah

Warga pakistan sedang berdoa menghadap jabal rahmah
Warga china sedang menyiapkan kerja2 pembinaan landasan monorel makkah
Masjid hudaibiah
Mutawif pro Ust meor
makan malam bersama jemaah imtiyaz travel
diketuai Ust Rizduan hashim
jemaah menunggu hidangan
nasi mandy ayam n kambing

isk habis ke kita makang ni



Pk harong penglipor lara jemaah imtiyaz
Alhamdulillah selesai makan bergambar kenangan

Wednesday, April 28, 2010

Akulah sahabat mu....aku jua kekasih mu

Posted by Rasmin Arni Bt Alias

BICARAKU KALI INI UNTUK KALIAN MENGETAHUI BAHAWA AKU MENCINTAI LELAKI INI KERANA ALLAH SWT. SELAMA DIA HIDUP: DIA ADALAH LELAKIKU. DIA ADALAH HATIKU. DIA ADALAH CINTAKU. WALAU DIA TELAH TIADA NANTI… DIA TETAP BERTAHTA DI HATIKU SELAMANYA

Subhanallah..Itulah hebatnya KUASA DOA dan KUASA KASIH SAYANG. Alhamdulillah, ternyata Allah memakbulkan doaku lantas berputik cintanya tanpa sangsi menerima hadirku dalam hidupnya KERANA ALLAH SWT. Padamu aku bersujud YA RAHMAN YA RAHIM kerana penyatuan dua hati yang dulunya tidak pernah mengenali dan tidak pernah bertemu kerana kedua-duanya pemalu.

TERIMA KASIH SAYANG… menerimaku seadanya apa yang ada pada diriku

Dengan Nama Allah, Aku Mencintaimu Dalam Tiap Ruang Waktu Hatiku. Dengan Nama Allah, Aku menerimamu Seadanya Tanpa Syarat Yang Menduka. Dengan Nama Allah, Cintaku Bersemadi Dengan Kesucian Dan Ketakwaan. Dengan Nama Allah, Semoga Keabadian Cinta Kita Dirahmati Dan Diberkati.

Sayangku… Ku Sebut Namamu, Namun Ada Rindu Yang Lebih Dari Itu.. Dan kiranya aku mengatakan SEKALI LAGI; yang engkau adalah milikku (yang sementara) mahukah engkau percaya? MENGENALIMU ADALAH ANUGERAH ALLAH SWT YANG PALING BERHARGA BUATKU.

Mengertilah…aku adalah sahabatmu. Aku adalah warna indah cinta dan kasih sayangmu selamanya. Keindahan dari segala keindahan…. antara bunga-bunga batu pualam…kerinduan padamu lebih mendalam. Alangkah mahalnya harga perpisahan. Selama ini aku tidak pernah sempat merindu… kerana kita tidak pernah berpisah. Tetapi saatku berjauhan menimba ilmu ; terlalu banyak yang ku ingat tentangmu.

SAYANG; sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula kita… aku memohon kemaafan darimu andai sepanjang perjalanan bersama menempuh onak duri kehidupan, senang susah bahtera dilayar melawan ombak badai dan riang bahagia menatap kemeriahan mahligai yang dibina atas nama Allah swt, aku ada melukai hatimu zahir dan bathin. Maafkanlah.. kerana aku wanita biasa. Kerana aku adalah Siti Fatimah mu yang kadang kala lalai dan alpa.

KEKASIH; Aku semakin mengerti tentangmu. KEBAHAGIAANMU adalah lirik mata bercahaya. KERIANGANMU adalah senyum manis menguntum. KESEDIHANMU adalah diam membisu seribu bahasa. KEMARAHANMU adalah kepedihanku kerana membuat engkau jadi begitu. Maafkan aku. MAAFKAN. Ampunkan aku YA GHAFUR YA HALIM.. kerana meragut BAHAGIAnya, memudarkan RIANGnya, membangkitkan SEDIH dibiara hatinya dengan olah yang tak tercapai dek akal warasku. Ampunilah aku YA RAHIM. AMPUNILAH

Sayang, UNTUK BAKI KEHIDUPANKU.. aku akan selalu ada di sisimu, bersamamu, jujur dan benar hingga ke akhir masanya. Aku akan selalu mencintaimu… mencintaimu. Sayang, UNTUK BAKI KEHIDUPANKU.. siang dan malam, aku bersyukur kepada Allah kerana membuka mataku, kini dan selamanya aku akan ada di sana untukmu. AKU TAHU APA YANG ADA DI RELUNG HATIKU YANG DALAM.

YA RABBI… Aku mensyukuri nikmat hidup bersama … Sang Putera Hati Aku redha hidup dengannya.. baik susah mahupun senang akan ku lalui bersamanya sehingga salah seorang di antara kami menemuiMU terlebih dahulu. ALHAMDULILLAH kerana mengirimkan cintaku membumi tahta di hatinya dulu. Tanpa kasih sayang dan perhatianMu, pasti sampai kini dia hanya igauan dan impianku… Namun pertemuan yang lalu hingga KINI dan mudahan selamanya, igauan dan impianku telah menjadi NYATA. SUBAHANALLAH WAL ALHAMDULILLAH WA LAA ILAAHA ILLALLAH WAL ALLAHU AKBAR. DOAKANLAH KEBAHAGIAAN KAMI DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

Makan tgh hari di bilik 1205 safwah tower
Sedang tgk blog...
Ibu dan bapanya
Tu dia Shima peace sedang menjamu selera dgn CL
Jemaah Hj Agus Sabah
makan sumbangan boxhousestudio.blogspot.com
Syukran boxhousestudio semoga dapat Umrah yg Mabrur
Buku Datuk Ismail Kamus baik untuk dibaca....
kepada sahabat semua yg nak datang Umrah tolong bawakan
...bahan CL punya Syukran

Tuesday, April 27, 2010

Membina Kesolehan Personal dan Sosial



“Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan berbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.” (QS. Al-Hajj: 77) Ayat ini merupakan ayat kedua terakhir dari surah yang unik dan istimewa, surah al-Hajj. Dikatakan surah yang unik kerana sebahagian ulama tafsir menggolongkan surah ini ke dalam kategori surah Makkiyah, namun sebahagian yang lain justru sebaliknya menggolongkannya ke dalam kategori surah Madaniyah. Surah ini juga unik kerana di dalamnya ada dua ayat sajdah, yaitu ayat 18 dan ayat ini seperti yang di pahami dari sebuah riwayat dari Uqbah bin Amir: ”Keutamaan surah al-Hajj kerana terdapat dua ayat sajdah padanya. Barangsiapa yang tidak bersujud pada keduanya, janganlah ia membaca surah ini.” (HR. at-Tarmidzi dan Abu Dawud) Ayat ini menggambarkan secara ringkas manhaj Allah SWT untuk manusia dan beban taklif bagi mereka agar mendapatkan keselamatan dan kemenangan. Ia dimulakan dengan perintah untuk rukuk dan sujud yang merupakan gambaran gerakan solat yang tampak dan jelas, dilanjutkan dengan perintah untuk beribadah secara umum yang meliputi segala gerakan, amal dan pikiran yang di tujukan hanya kepada Allah SWT sehingga segala aktiviti manusia boleh beralih menjadi ibadah bila hati ditujukan hanya kepada Allah SWT bahkan kenikmatan-kenikmatan dari kelazatan hidup dunia yang dirasakannya dapat bernilai ibadah yang ditulis sebagai pahala amal baik . Ayat ini ditutup dengan perintah berbuat baik secara umum dalam hubungan horizontal dengan manusia setelah perintah untuk membangun hubungan vertikal dengan Allah SWT, dalam solat dan ibadah lainnya. Oleh sebab itu, perintah ibadah dimaksudkan agar umat Islam selalu terhubung dengan Allah SWT sehingga kehidupan berdiri di atas landasan yang kukuh dan jalur yang dapat membawa kepada-Nya. Sedangkan perintah untuk melakukan kebaikan, dapat membangkitkan kehidupan yang istiqamah dan kehidupan masyarakat yang penuh dengan suasana kasih sayang. Perintah ini dipertegas kembali di akhir surah al-Hajj, bahawa umat Islam akan mampu mempertahankan kewujudannya sebagai umat pilihan dan sebagai saksi atas umat yang lain manakala mampu membina hubungan baik dengan Allah SWT dan membina hubungan baik sesama manusia: ”Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (AL-Qur’an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah pelindungmu, Dialah sebaik-baik pelindung dan Sebaik-baik penolong.” (QS. al-Hajj:78) Pada ayat di atas, Allah SWT memberi perintah kepada orang beriman agar mampu membangun kesolehan personal dan sosial secara bersamaan agar senantiasa dalam kemenangan, rukuk dan sujud merupakan cermin tertinggi dari pengabdian seseorang kepada Allah SWT, sedang ”berbuatlah kebaikan” merupakan indikasi kesolehan sosial. Secara redaksional dalam urutan perintah ayat di atas, ternyata Allah SWT mendahulukan kesolehan personal dari kesolehan sosial. Ini bererti bahawa untuk membangun kesolehan sosial, harus dimulai dengan kesolehan personal. Atau kesolehan personal akan memberikan kekuatan untuk soleh juga secara sosial. Bahkan seluruh perintah beribadah kepada Allah SWT dimaksudkan agar lahir darinya kesolehan sosial, seperti solat misalnya, bagaimana ia boleh mencegah dari perbuatan keji dan munkar: “Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan munkar.” (QS. Al Ankabut : 45) Kisah yang diabadikan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya bagaimana seorang wanita yang soleh secara personal yang diwujudkan dengan ibadah solat, puasa dan ibadah mahdhah lainnya namun ternyata Rasulullah SAW menyatakan bahawa ia dalam neraka. Kerana ternyata kesolehan itu tidak membawanya menuju kesolehan sosial, bahkan ia cenderung tidak mampu menjaga lisannya dari tidak melukai hati orang lain. Dalam tataran tafsir Al-Qur’an dengan Al-Qur’an, terdapat beberapa hubungan dan korelasi (munasabah) yang sangat rapat antara kesolehan personal dan sosial dengan nilai-nilai mulia dari ajaran Islam. Untuk menggapai predikat ehsan misalnya, seseorang dituntut untuk mampu soleh secara individu dan sosial yang diwakili dengan solat malam dan berinfak, “Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Di dunia mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan selalu memohonkan ampunan di waktu pagi sebelum fajar. Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian.” (QS. Adz-Dzariyat : 16-19) Ibnu Asyur mengomentar ayat ini dengan menjelaskan bahawa dua bentuk amal inilah yang sangat berat untuk dilakukan kerana: Pertama, bangun malam merupakan sesuatu yang sangat berat kerana mengganggu rehat seseorang. Padahal amal itu merupakan amal yang paling utama untuk membangun kesolehan personal seseorang. Kedua, amal yang melibatkan harta terkadang sangat sukar untuk dipenuhi kerana manusia pada dasarnya memiliki sifat kikir dengan sangat mencintai hartanya. Di sinilah Allah SWT menguji kesolehan sosial seseorang dengan memintanya untuk mengeluarkan sebahagian harta untuk mereka yang memerlukan. Nilai lain yang terkait dengan dua kesolehan ini, adalah sebab utama yang paling banyak menjerumuskan seseorang ke dalam neraka kerana tidak mampu membenteng diri dengan dua kesolehan tersebut, seperti pernyataan jujur penghuni neraka yang diabadikan Allah SWT dalam firman-Nya, “Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab, ’Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat dan kami tidak pula memberi makan orang miskin dan adalah kami membicarakan yang batil, bersama dengan orang-orang yang membicarakannya.” (QS. Al-Mudatsir : 42-45) Cara agar tidak bersifat keluh kesah lagi kikir juga sangat terkait dengan kemampuan seseorang membangun dalam dirinya dua kesolehan tersebut secara serentak. Allah SWT memberi jaminan, “Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya, dan orang-orang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu, bagi orang miskin yang meminta dan orang yang tidak memiliki apa-apa (yang tidak mau meminta).” (QS. Al-Ma’arij : 22-25) Berapa banyak dari umat ini yang hanya mementingkan soleh secara sosial tapi lupa akan hubungan baik dengan Allah SWT. Sebaliknya, banyak juga yang soleh secara personal namun ketika berhadapan dengan sosial, ia larut dan tidak mampu membangun kesolehan di tengah-tengah mereka. Sungguh umat ini sangat memerlukan kehadiran komunitas yang soleh secara personal, dalam erti mampu menjaga hubungan baik dengan Allah SWT. Soleh secara sosial dalam erti mampu memelihara hubungan baik dan memberi kebaikan dan manfaat yang besar bagi kemanusiaan. (Allahu a’lam)
Jemaah Hj Agus baru sapmpai untuk tawaf
Berdoa setelah selamat sampai ke Masjidil Haram
Berdoa setelah selesai tawaf

Alhamdulillah Selesai saie

Keletihan di wajah masing2



Tazkirah Imtiyaz Travel
Ust Rizduan Hashim
Ust Fazdil
Jemaah Imtiyaz Travel