Thursday, December 31, 2009

2010 DIMULAKAN DENGAN GERHANA BULAN



Letupan batu di sekitar Shamea


Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)


"Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini, 1 Jan 2010 (15 Muharam 1431H) bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan Jakim hari ini, gerhana bermula dengan fasa penumbra pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pukul 3.24 pagi.
“Gerhana ini dijangka berakhir pukul 5.28 pagi. Gerhana jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu.Rasa-rasa saya sepanjang 2009 ini acapkali gerhana berlaku-bulan atau matahari. Banyaknya berlaku gerhana menjadi petanda akhir zaman. Bahkan hampir semua tanda kecil Kiamat sudah berlaku. Hanya menunggu tanda besar sahaja. Mat Saleh lagi cepat mahukan Kiamat, 2012 dah berlaku. Dengan teknologi canggih cuba digambarkan peristiwa Kiamat. Tapi hanya di bumi? Sedangkan Kiamat berlaku melibatkan seluruh alam. Dan hakikat Kiamat dengan kedahsyatannya hanya Allah yang tahu.
Kita tak tahu tarikh Kiamat sebenar. Sepuluh tahun lagi, seribu tahun lagi, sejuta tahun lagi. Disebut man maata faqad qaamat qiamatuhu (sesiapa yang mati berlakulah kiamat dirinya). Kematian cukup hampir. Tragedi pengantin sekejap, kemalangan bas ekspres 2 tingkat, seorang lelaki tua Cina meninggal di restoran sebelum order minuman dan lain-lain membuktikan kematian sangat hampir.
Gerhana adalah fenomena alam ciptaan Tuhan, tetapi bukan sebarang fenomena. Ia tanda kebesaran Tuhan, tetapi bukan sebarang tanda.Manusia berfikir akan berjaga-jaga dan sentiasa insaf sementara yang fasiq terus lalai dengan kefasiqannya. KeFASIQan mereka bermula dengan sambutan di ambang 2010 malam ini.
Selaku seorang muslim dan umat Nabi Muhammad SAW, kita seharusnya peka dengan fenomena alam ini. seterusnya mengambil iktibar dan pengajaran di sebalik setiap yang berlaku.Kejadian gerhana dijadikan Allah bagi menakutkan hamba-hamba-Nya dan mengingatkan mereka tentang kebesaran-Nya.
Di dalam hadis yang diriwayatkna daripada Abi Bakrah r.a, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. (Matahari dan bulan itu) tidak menjadi gerhana kerana kematian seseorang, tetapi Allah menakutkan hamba-Nya dengan kedua-duanya."
Allah mengingatkan melalui firman-Nya yang bermaksud: Dan biasanya kami tidak menghantar turun tanda-tanda melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman). (al-Israk:59)
Dewasa ini ramai antara kita memandang mudah fenomena gerhana ini dan mengatakan semua itu berlaku secara nature yang mesti berlaku mengikut kiraan ilmu bintang yang mereka cipta. Mereka tidak terfikir bahawa apa yang mereka kira dan jangka itu adalah tanda kebesaran Allah sebagai menakutkan dan mengingatkan hamba-Nya.
Ketika berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah SAW, baginda terkejut dan bingkas bangun ingin mengambil selendangnya untuk dipakai tetapi terambil baju besinya kerana fikiran dan hatinya yang sibuk dan cemas memikirkan kejadian gerhana yang sedang berlaku.Baginda SAW menjadi cemas kerana takut sekiranya Allah menurunkan bala atau mengisyaratkan akan berlauknya kiamat berikutan gerhana tersebut.Kebimbangan Nabi SAW ini menyebabkan baginda memanjangkan doanya dan mencucurkan air mata, lebih-lebih lagi memikirkan umatnya. Baginda solat sunat... dan sterusnya berdoa: Wahai Tuhanku! Bukankan Engkau telah berjanji kepadaku, bahawa engkau tidak akan mengazabkan mereka selagi aku berada bersama mereka. Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau tidak akan menyiksa mereka, selagi mereka memohon keampunan, sedangkan kami memohon keampunan kepada-Mu".
Hikmah di sebalik gerhana:
1-Menzahirkan penguasaan Allah terhadap matahari dan bulan (alam semester)2-Menerangkan kejelikan dan kebodohan orang-orang yang menyembah matahari dan bulan.3-Menggementarkan hati orang-orang yang berasa tenang dengan kelalaian dan dosa-dosa yang dilakukan4-Memperlihatkan kepada manusia contoh-contoh peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat sebagaimana firman-Nya: Maka (hari Kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), dan bulan hilang cahayanya, dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama. (al Qiyamah 7-9)
Amalan sunat semasa gerhana
1-Solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dam bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi".2-Bezikir dan beristighfar3-Berlindung dari azab kubur:-memohon perlindungan dari azab kubur4-Besedekah5-Memerdekakan hamba.
Marilah sama-sama kita renungkan apakah yang telah kita lakukan semasa menghadapi gerhana...sama-samalah kita muhasabah diri kita apakah perbuatan dan dosa yang telah kita lakukan sehingga Allah menurungkan Peringatan (Gerhana) kepada kita. Fenomena gerhana dijadikan oleh Allah sebagai menakutkan dan mengingatkan hamba-Nya.
Posted by HJ MUHD IMRAN N FAZIRA

Wednesday, December 30, 2009

Hijrah-Untuk Menegakkan Negara Islam




Salam sahabat=-sahabat,Mafhum HijrahHijrah ialah perpindahan (hijrah) RasuluLlah saw dari Makkah ke Madinah demi menegakkan Islam sebagai“ad-Dien= agama الدِّين ”, dan “ad-daulahالدَّولة” (negara).Agama dan Negara(kuasa poloitik) tidak boleh dipisahkan. Kalau dipisahkan bagaimana hendak menguatkuasakan syariat/undang-undang seperti hukum Hudud memotong tangan pencuri dan sebatan kepada penzina.Nabi saw dan para sahabat tak perlu hijrah kalau nak tunai solat kerana di Makkah sudah ada Ka'bah.Nabi saw dan para sahabat tak perlu hijrah kalau nak laksanakan zakat dan puasa.Nabi saw dan para sahabat tak perlu hijrah kalau nak buat ibadat Haji kerana di Madinah tak ada tempat rukun dan wajib haji.Nabi saw berhijrah ialah kerana hendak merealisasikan amanah yang paling besar. Amanah yang paling besar ialah amanah untuk ‘menegakkan agama dan memerintah dunia ini dengan agama itu- إقَامَةُ الدِّينِ وَسِيَاسَةُ الدُّنيَا بِهTiba di Madinah al-Munawwarah1- Pembinaan masjid - bermaksud membina akhlak dan peribadi rakyat terutamanya orang Islam.2- Persaudaraan antara Ansor dan Muhajirin serta perpaduan dengan bukan Islam.3- Penggubalan Sahifah Madinah (Perlembagaan Madinah) untuk golongan Islam ( Ansar dan Muhajirin), golongan kafir ( Yahudi dan Musyrikin Madinah).Dengan itu tertegaklah Sebuah Negara Islam. Antaranya cirinya ialah:a-Tanah ialah bumi Madinahb- Rakyat iaitu para sahabat Ansor dan Muhajirin serta orang-orang bukan Islam.c- Pemimpin iaitu RasuluLlah saw.d- Perlembagaan iaitu al-Quran dan al-Hadith.e- Kedaulatan atau keperibadian sebagai sebuah negara.Sekian, terima kasih.
Posted by Yusof bin Embong

Hijrah-Besarnya Pengorbanan Para Sahabat..

Masinnye air laut tidk mampu menyerap ke dalm isi ikan.. Tp.. Bila ikan itu mati… Secubit garam pun sudh cukup untuk memasinknnya.. Begitulh hati… Hati y hidup sgt sukar dinodai.. Tp.. Bila hati itu telah mati… Dgn mudahnye dpt dpengaruhi.. Itulh prumpamaan jiwa2 insan.. Mudah leka..lupa dn alpa.. Sedarlh..dn same2 kta...
Selamat Ulang Tahun kelahiran buat ShahrulAzlan

HIJRAH ar-Rasul saw.......BESARNYA PENGORBANAN PARA SAHABAT
Teman-teman yang dihormati,Hijrah penuh pengorbanan. Nabi saw dan para sahabat telah melakukan satu pengorbanan yang sangat besar. Demi kerana Islam dan demi untuk menegakkan syariat Islam, mereka sanggup meninggalkan tanah tempat tumpah darah mereka. Siapa tak sayang anak?Siapa tak sayang isteri?Siapa tak sayang harta?Siapa tak sayang tanah air? Tetapi para Sahabat sayangkan ALlah, Rasul dan Agama mengatasi sayang kepada yang lain. Ini menjadikan mereka sanggup meninggalkan harta kekayaan dan anak isteri demi kerana ALlah dan RasulNYA.Ali ra tidur di tempat tidur Nabi dengan berselimut, sanggup mempertaruhkan nyawa. Abdullah bin Abu Bakar penuh kesabaran dan berhati-hati mengintip rahsia musyrikin Makkah.1- Abu Salamah adalah antara angkatan pertama melakukan hijrah. Apabila beliau mengambil langkah bersama isteri dan anaknya untuk berhijrah, tiba-tiba dihalang oleh keluarganya dan keluarga isterinya.Keluarga isterinya mengambil isterinya (Ummu Salamah RadiyaLlahu`anha) dan keluarganya mengambil anaknya. Abu Salamah meneruskan hijrahnya tanpa anak dan isterinya. Selepas perginya Abu Salamah,setiap pagi dan petang Ummu Salamah RadiyaLlahu`anhu menangis bersedih. Akhirnya ada di kalangan keluarga mereka orang yang terasa kasihan melihat keadaannya begitu. Lalu mereka berusaha supaya dikembalikan anaknya dan dibenarkan dia pergi ke tempat suaminya di Yathrib. Ummu Salamah bersama anaknya bersedia untuk berhijrah bagi mengharungi perjalanan di padang pasir yang jarak jauhnya lima ratus kilometer. Apabila sampai di Tan’im, mereka bertemu dengan ‘Uthman binTalhah bin Abi Talhah. Dia memberi pertolongan dengan menghantarkan Ummu Salamah dan anaknya sehingga ke Quba’ dan berkata kepada Ummu Salamah :” Pergilah, suamimu berada di negeri ini. Mudah-mudahan di berkati Allah. “ Kemudian ia kembali semula ke Mekah.2- Manakala Suhaib al-Rumi pula menghadapi tekanan dengan cara lain. Apabila ia bertolak untuk berhijrah dengan membawa harta kepunyaannya, tiba-tiba ia dihalang oleh orang-orang Musyrikin Mekah. Mereka berkata, “kamu datang ke tempat kami dalam keadaan papa dan bangsat. Setelah berharta kamu mahu melakukan perkara ini?”. Mahu meninggalkan negeri ini dengan dirimu dan hartamu pula?”. Suhaib menjawab,” bagaimana kalau aku serahkan harta ini?. Adakah kamu akan benarkan aku pergi?”. Mereka menjawab,” Ya” Lalu Suhaib menyerahkan harta yang di bawanya itu kepada mereka, dan dia dibenarkan pergi.
Menurut riwayat Ibnu ‘RadiyaLlahu’ anhu bersempena dengan peristiwa itu, Allah telah menurunkan firman-Nya:
وَمِنْ النَّاسِ مَنْ يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاةِ اللَّهِ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَاد (البقرة 207 )Dan diantara manusi ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah itu Maha Penyantun terhadap hamba-hamba-Nya.
Menurut riwayat yang lain pula apabila sampai berita itu kepada Rasulullah s.a.w makaRasulullah terus berkata kepada Suhaib,رَبِحَ صُهَيبٌ. ربح صهيبMaksudnya: “Beruntunglah Suhaib, beruntunglah Suhaib”. (Riwayat oleh Ibnu Mardawaih dan lain-lainnya)3.Mereka sanggup berjalan kaki merentasi padang pasir sejauh hampir 500 kilometer.•Dari rumah Abu Bakar , Nabi saw telah mengambil jalan menuju ke selatan (Yaman), Nabi saw tidak mengambil jalan utara ke Madinah untuk mengelirukan musuh. Nabi saw berjalan sejauh lima batu dengan berkaki ayam sehinggalah sampai ke Bukit Thur untuk bersembunyi di gua Thur di puncak Bukit Thur yang tinggi itu. Bayangkan bertapa panasnya pasir di padang pasir di waktu tengahari yang "membakar" kaki Nabi saw.
قُلْ إِن كَانَ ءَابَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَنُكُمْ وَأَزْوَجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَلٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَـرَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَـكِنُ تَرْضَوْنَهَآ أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِىَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لاَ يَهْدِى الْقَوْمَ الْفَـسِقِينَ ﴾
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka). SURAH AT-TAUBAH=24
انْفِرُواْ خِفَافًا وَثِقَالاً وَجَـهِدُواْ بِأَمْوَلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
41. pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. SURAH AT-TAUBAH=41
Posted by Yusof bin Embong

Monday, December 28, 2009

Hijrah Ar-rasul SAW


Sebelum pergi Tahfiz 5 kanak2 ni relax dulu di
dataran kaabah

Macam biasa posing dulu





Arab

Sebelum ni di jangka siap 377 hari lagi
tapi sekarang Insyaallah siap 377 hari lagi

HIJRAH ar-Rasul saw.....tokoh-tokoh di sebalik tabir hijrah
Salam teman-teman,
Mari kita melihat siapakah insan-insan atau tokoh-tokoh di sebalik tabir yang menjayakan hijrah ar-Rasul saw ke Madinah al-Munawwarah. Mereka terdiri daripada setiap peringkat umur dewasa, remaja dan wanita.
Perlu difahami bahawa Nabi saw dan Abu Bakar adalah antara kalangan umat Islam yang akhir berhijrah ke Madinah al-Munawwarah. Inilah sifat kepimpinan Islam; mengutamakan anak buah atau rakyat untuk menyelamatkan diri.
Perancangan Jahat Musuh
Apabila Quraisy merasa yakin bahawa orang Islam telah memperolehi kekuatan dan perlindungan di Madinah, mereka mengadakan satu persidangan di Dar an-Nadwah. Merekabersidang untuk memikirkan langkah menghapuskan Rasul s.a.w. sendiri. Mereka memutuskan untuk memilih seorang pemuda yang gagah daripada setiap kabilah. Kemudian kesemua pemuda tersebut membunuh RasuluLlah saw serentak. Setelah itu pemuda-pemuda yang diwakilkan untuk membunuh Rasul s.a.w. berhimpun di muka pintu rumah Baginda pada malam Hijrah. Mereka menunggu Baginda keluar untuk membunuhnya.
Nabi saw Mengatur Langkah Untuk Berhijrah
Pada malam tersebut Rasulullah s.a.w. tidak tidur di tempat tidurnya. Baginda telah meminta Ali r.a. untuk tidur di tempatnya itu. Baginda juga memerintahkan beliau agar memulangkan barang-barang amanah yang disimpan oleh orang kafir Quraisy kepada Baginda pada keesokan harinya kepada pemiliknya.
Rasul s.a.w. telah meninggalkan rumahnya tanpa disedari oleh pemuda-pemuda yang diwakilkan untuk membunuhnya. Baginda pergi ke rumah Abu Bakar. Sebelum itu, Abu Bakar telah menyiapkan dua kenderaan untuknya dan Rasul s.a.w.. Mereka berdua memutuskan untuk keluar dari Makkah.
Abu Bakar mengupah Abdullah bin Uraiqit ad-Daili, seorang musyrik untuk menjadipenunjuk jalari ke Madinah. Dengan syarat dia mengelakkan jalan yang biasa diketahui danmenggunakan jalan lain yang tidak diketahui oleh kafir Quraisy.
Rasulullah s.a.w. dan sahabat Baginda, Abu Bakar keluar berhijrah pada hari Khamis, 1 Rabiul Awal, tahun ke-53 kelahiran Baginda s.a.w.. Hanya Ali r.a. dan keluarga Abu Bakar r.a. yang mengetahui tentang hijrah Baginda tersebut.
Anak-anak perempuan Abu Bakar, Aishah dan Asma' berperanan menyediakan bekalan untuk mereka berdua. Asma' telah memotong sebahagian daripada tali ikat pinggangnya, lalu mengikat mulut karung makanan tersebut. Daripada peristiwa itu, dia digelar: "Zat an-Nitoqain" (Perempuan yang mempunyai dua tali ikat pinggang).
Dengan bantuan Abdullah bin Uraiqit, Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar menghala ke Yaman sehingga sampai ke Gua Thur. Mereka bersembunyi di dalamnya selama tiga malam. Turut bermalam bersama mereka, Abdullah bin Abu Bakar yang masih remaja. Beliau seorang pemuda yang berpengetahuan, mahir, peka dan cepat memahami.
Abdullah bin Abu Bakar akan keluar meninggalkan mereka pada waktu sahur lalu berpagi-pagian bersama Quraisy Makkah seolah-olah beliau tidur di Makkah. Apa-apa rancangan jahat terhadapRasulullah dan Abu Bakar yang beliau dengar daripada Quraisy, akan diingat sehinggalah beliau menyampaikannya kepada mereka berdua pada waktu petangnya.
Moh teman-teman kita contohi anak=anak muda seperti Aishah, Asma' dan Abdullah bin Abu Bakar membantu gigih perjuangan RasuluLlah saw. Golongan dewasa diwakili oleh Abu Bakar.
Sekian, terima kasih.
Sumber : SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W.PENGAJARAN & PEDOMANoleh: Dr. Mustafa as-Sibaie

Sunday, December 27, 2009

Majlis Perpisahan Datuk Dr.Mohamed Ghazali Bin Md. Noor/IDB


Datuk Dr Ghaz

Majlis doa selamat buat Datuk yg akan meninggalkan
perhidmatan dengan IDB setelah berhidmat selamat 13 tahun.
majlis di anjurkan di rumah Hj Shukri petani yg tinggal di Aziziah Makkah.
mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk
dan Rakyat Malaysia yang membantu anak2 petani yg belajar di Malaysia.
Hj Kamil

Hj Shukri Petani

Petani berjaya

Saudi Petani

Bacaan yassin

Antara yang hadir

Kiri: Termizi,Hj Khuz,Hj Azam,Datuk dan Hj Ariff


Pihak keluarga Petani menyerahkan cenderahati buat Datuk

Bergambar kenangan

Makanan yang di sediakan

Nasi Kuzi kambing...Masyaallah...Alhamdulillah
HIJRAH ar-Rasul saw.......TIGA PERINGKAT HIJRAH
Salam teman-teman,Ada tiga peringkat hijrah di masa RasuluLlah saw iaitu•Hijrah ke Habsyah.•Hijrah ke Taif.•Hijrah ke Madinah al-Munawwarah.Perlu difahami bahawa Nabi Muhammad saw tidak terlibat dalam hijrah ke Habsyah. Setiap hijrah memberi pengajaran bagi Islam dan umat Islam. Mari kita lihat kupasan yang ditulis oleh Dr Mustafa as-Siba'ie dalam bukunya SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W.....PENGAJARAN & PEDOMAN.Hijrah Ke Habsyah
Melihatkan kedegilan dan penyiksaan berterusan Quraisy terhadap para sahabat, RasuluLlah s.a.w. berkata kepada para sahabatnya: "(Bagaimana) kalau sekiranya kamu keluar ke bumi Habsyah. Di sana ada seorang raja yang tidak menzalimi sesiapa yang tinggal di negerinya. (Kamu tinggal di sana) sehinggalah Allah menjadikan untuk kamu jalan keluar kepada kesulitan kamu ini."
Oleh itu, para sahabat berhijrah ke sana untuk kali pertama seramai 12 orang lelaki dan 4 wanita. Namun, selepas menerima khabar pengislaman Umar dan kejayaan Islam, mereka pulang kembali ke Makkah. Akan tetapi, tak lama kemudian mereka pergi semula ke Habsyah bersama orang-orang mukmin yang lain. Bilangan mereka dalam hijrah kali kedua ke Habsyah ini seramai 83 orang lelaki dan 11 orang wanita.
Pengajarannya :1- Apabila pendakwah mendapati jamaahnya dalam bahaya, sama ada kepada nyawaatau berbentuk ancaman fitnah kepada pegangan akidah, dia mestilah menyediakan tempatyang selamat untuk penyokongnya daripada pencerobohan golongan batil tersebut. Usaha initidak menafikan kewajipan para pendakwah kebenaran untuk berkorban. Namun jikabilangan mereka sedikit, golongan batil akan berjaya menghapuskan mereka danmelenyapkan dakwah sekaligus. Sementara kewujudan mereka di tempat yang selamat,menjadi jaminan kepada kesinambungan dakwah dan penyebarannya.
2- Perintah Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah sebanyakdua kali menunjukkan ikatan agama sesama golongan beragama (walaupun berbeza agama mereka) adalah lebih kuat dan kukuh. Ini berbanding ikatan mereka dengan penyembah berhala dan golongan atheis. Agama-agama Samawi dari segi sumber dan asas-asasnya yang sohih, sepakat dalam objektif utama sosial. la juga sepakat dalam persoalan keimanan kepada Allah, rasul-rasul-Nya dan hari Akhirat. Kebersamaan ini menjadikan jalinan kekerabatan antara agama-agama ini lebih kukuh berbanding mana-mana jalinan lain; Sama ada ikatan kaum kerabat, hubungan darah ataupun tempat tinggal yang berpasakkan pegangan atheism, keberhalaan dan kekufuran terhadap syariat Allah.
3- Golongan batil tidak mudah menyerah kalah kepada pendokong kebenaran. Setiapkali usaha pembasmian dakwah yang digunakan gagal mencapai objektifnya, mereka akanmencipta cara dan medium yang lain. Demikianlah penentangan ini akan berterusansehinggalah kebenaran benar-benar mencapai kemenangan yang muktamad dankebatilan menghembus nafasnya yang terakhir.
Hijrah Ke Taif
Nabi saw ke Taif (80 kilometer dari Mekah)bersama anak angkatnya Zaid bin Harithah. Nabi saw ke Taif setelah mendapati dakwah Islam tidak mendapat sambutan dari penduduk Mekah.
Nabi saw. hanya sempat berada sepuluh hari di bumi Taif . Nabi saw. menyampaikan Islam kepada pemimpin dan pembesar Taif namun seringkali pula Nabi saw. menerima jawapan :` Keluarlah kamu dari negeri kami ’ . Bahkan mereka mengupah orang – orang bodoh dikalangan mereka untuk memaki hamun Nabi saw dan melontarkan batu ke arahnya sehingga tumit baginda berlumuran darah .
اللهم إليك أشكو ضعف قوتي وقلة حيلتي وهواني على الناس يا أرحم الراحمين إلى من تكلني إلى عدو يتجهمني أم إلى قريب ملكته أمري إن لم تكن ساخطا علي فلا أبالي غير أن عافيتك أوسع لي أعوذ بنور وجهك الكريم الذي أضاءت له السموات وأشرقت له الظلمات وصلح عليه أمر الدنيا والآخرة أن تحل علي غضبك أو تنزل علي سخطك ولك العتبى حتى ترضى ولا حول ولا قوة إلا بك
Ya Allah Ya Tuhanku , Kepada mu aku mengadu lemahnya kekuatanku , sedikitnya helahku dan betapa hinanya aku dikalangan manusia . Ya Tuhan Yang paling Penyayang dikalangan yang Menyayangi ,Engkaulah Tuhan kepada orang – orang yang lemah tertindas . Engkaulah Tuhan ku . Kepada siapakah Engkau serahkan diriku , Adakah kepada orang jauh yang memandangku dengan muka yang masam atau pun kepada musuh yang engkau berikan kepadanya milik untuk menguasai urusanku ?Jika tidak ada kepada – Mu murka terhadapku , aku tidak peduli , tetapi kemaafan-Mu lebih luas kepada ku . Aku berlindung dengan wajah-Mu yang telah Engkau pancarkan ke arah segala kegelapan , menjadi baiklah di atasnya segala urusan dunia dan akhirat .Aku berlindung daripada turunnya ke atas ku murka – Mu atau berlakunya ke atas ku murka Mu . Kepada Mu pengaduan yang sungguh – sungguh sehingga mencapai keredhaanMu . Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganMu .
Pengajarannya:
1- Pendakwah hendaklah sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menyebarkan dakwah.
2- Pendakwah hendaklah banyak bersabar dengan kerenah orang ramai yang sasaran dakwah(mad'u).
3- Pendakwah hendaklah sentiasa berdoa kepada ALlah dan mengharapkan hidayah kepada mad'u.
Sekian, terima kasih
Posted by Yusof bin Embong

Saturday, December 26, 2009

Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura
Melapangkan masa / belanja anak dan isteri Memuliakan fakir miskin
Menahan marah
Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(
tauhid) dan akhlaknya)
Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
Bersedekah
Memelihara kehormatan diri
Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Bercelak
Membaca Qulhuwallah(
Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku
sembahyang sunat hari Asyuraempat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di bacaQulhuwallah sebelas kali.
Menjamu orang berbuka puasa
Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Pada sahabat semua bolih tempah seluar macam mamat
africa ni, untuk pergi keje di pejabat.

Petang ni tingkat 1 Masjidil Haram dah pasang karpet
setelah musim Haji berakhir. hampir 2 bulan karpet tak ada

Keadaan petang tadi


Beratur untuk kucup Hajar Aswad


Tak sampai 10 minit giliran untuk ke Hajar Aswad tiba

Dengan sabar tak perlu untuk berebut Insyaallah mudah

Hari ini 9 Muharram ramai jemaah yg berpuasa

Kurma untuk di agih pada yang berpuasa

Seperti bulan ramadan
kerana banyak kurma di hidang untuk berbuka
dan yang berpuasa pun ramai.
Anda berpuasa??????
Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang. Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan.. ."Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"Malaikat-malaikat itu menjawab:"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah.. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah. .. engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi..Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...***********Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?
Kredit kepada penulis artikel ini

Friday, December 25, 2009

Hadis Puasa 9 & 10 Muharram 26,27 dan 28 Dec

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya
Solat Jumaat


















بسم الله الرحمن الرخيم
صيام شهر المحرم وخصوصا يوم التاسوعاء والعاشوراء(9 -10 محوم) الأحاديث النبوية الشريفة عن ذالك وفضلهPUASA BULAN MUHARRAM KHUSUSNYA HARI TASU'A & 'ASYURAiaitu pada 9 & 10 MUHARRAM (Sabtu 26 & ahad 27 dis).Sabda Nabi berkaitan fadhilatnya :
{1}
أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله المحرم ، وأفضل الصلاة بعدالفريضة صلاة الليل...رواه مسلم
"sebaik-baik puasa setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari" ... riwayat Imam Muslim
{2}
قال ابن عباس رضي الله عنهما : مارأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم : يوم عاشوراء ، وهذا الشهر ، يعني شهر رمضان ... متفق عليه
Kata Ibnu Abbas ra : tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini : iaitu HARI 'ASYURA' (10 Muharram) , dan bulan ini iaitu Bulan Ramadhan ... (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
{3}
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :" لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع"...رواه مسلم
daripada Ibnu Abbas ra berkata: ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari 'Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah ! sesungguhnya hari ini ('Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara. maka Baginda bersabda : "sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram)"... (Riwayat Imam Muslim)
{4}
عن أبي قتادة رضي الله عنه قال : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن صيام يوم عاشوراء ؟ . فقال صلى الله عليه وسلم :" يكفر السنة الماضية "...رواه مسلم
daripada Abu Qatadah ra berkata: Bahawa Rasulullah SAW pernh ditanya tentang berpuasa pada hari 'Asyura (10 Muharram) ? . Baginda menjawab : akan dapat menampun kan dosa setahun yang lalu . " ... (riwayat Imam Muslim)SAMA-SAMA LAH KITA BERPUASA KERANA IA ADALAH SUNAT MUAKKAD (SANGAT DITUNTUT) , JUGA SEBAGAI ZAKAT BADAN DAN MENAMBAHKAN KESIHATAN
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:" لكل شيء زكاة ، وزكاة الجسد الصوم "...رواه ابن ماجه
Daripada Abu Hurairah ra berkata: Bahawa Rasulullah SAW pernh bersabda : "Setiap sesuatu itu ada zakatnya tersendiri , dan zakat badan kita ini adalah PUASA " ... (riwayat Imam Ibnu Majah )
وقال صلى الله عليه وسلم: صوموا تصحوا
Dan Rasulullah SAW pernh bersabda : "berpuasalah kamu sekelian , nescaya kamu akan beroleh kesihatan".sekian . wassalam
http://www.alfalahusj9.blogspot.com/